it's me...
About me..
Cita-cita saya nak improve diri jadi lebih baik. Sepanjang hidup ni saya selalu ingat kata-kata ini.."Selalunya manusia gagal setelah berada hampir dengan kejayaan".... jadi sebenarnya kegagalan itu datang daripada fikiran kita sendiri, bukanlah daripada orang lain.
Hope kita semua mendapat kejayaan di dunia dan akhirat..amiin!!
Dari wanita untuk wanita..
SEORANG WANITA YANG PASTI MASUK SYURGA
Menurut satu riwayat dati Ata’ bin Abu Rabah, katanya : “ Ibnu Abbas r.a berkata kepadaku : “ Mahukah aku tunjukkan seorang wanita penghuni syurga?” Aku menjawab : “ mahu” Ia berkata : seorang wanita kulit hitam pernah menemui Rasulullah S.A.W, kemudian ia berkata : “Aku menderita Ayan dan auratku terbuka. Mohonlah kepada Allah untukku.” Rasulullah S.A.W berkata : “Jika anda mahu, bersabarlah dan bagimu syurga. Jika anda mahu, aku doakan mudah-mudahan Allah menyembuhkan anda”. Ia berkata : “aku akan bersabar..Sesungguhnya aurat saya terbuka, maka doakanlah supaya saya tidak membuka aurat. Baginda pun memenuhi permintaannya.”
Syurgalah yang menjadi imbuhan bagi wanita mukminah yang bertaqwa ini, kerana ia rela menerima cubaan yang menimpa dalam hidupnya di dunia yang fana. Iman dan ketaqwaan dibalas dengan syurga, sesuatu yang menguntungkan. Bagaimanapun, wanita ini memandang dirinya rendah hanya kerana auratnya terbuka dan manusia melihat apa yang tidak patut bagi seorang wanita muslimah yang bertaqwa. Bagaimana pula dengan wanita yang memakai pakaian yang mendedahkan wajah dan tubuh mereka lalu berlumba membuang rasa malu dan maruah mereka??
MENGAPA ANDA TIDAK BERSYUKUR KEPADA ALLAH?
Salah satu cara yang paling mudah tetapi berkesan untuk mendapat hidup tenang dan beroleh kedamaian ialah bersyukur kepada Allah. Ia adalah metod yang paling baik untuk mencapai kebahagiaan dan terbebas dari tekanan, sebab ketika anda bersyukur itu, bererti anda menghadirkan kembali nikmat-nikmat yang telah diberikan kepada anda oleh Allah S.W.T, sebagaimana disebut oleh Salafus soleh dahulu :
“Untuk mengetahui sebanyak mana nikmat Allah yang telah diberikan kepadamu, maka pejamkanlah mata anda. Hadirkanlah nikmat-nikmat Allah kepadamu, seperti pendengaran, penglihatan, akal, agama, keturunan, rezeki, dan yang seumpamanya.
Sesetengah kaum wanita menganggap rendah nikmat yang ada padanya. Sekiranya ia melihat orang lain yang fakir dan miskin, yang sakit dan terlantar, maka ia akan memuji Allah atas nikmat yang ada padanya, walaupun ia tinggal di rumah kecil.
Tetaplah memuji Allah yang menganugerahkan pelbagai nikmat kepada anda. Sesekali cubalah bandingkan dirimu dengan mereka yang cacat tubuh badan, terencat akal, tiada akal, tiada pendengaran, mempunyai anak-anak yang cacat dan lain-lain. Mereka yang seperti itu ramai juga bilangannya.
PERKARA-PERKARA YANG MENDATANGKAN KEBAHAGIAAN
Doktor Dick, pakar kejiwaan terkenal berbangsa Amerika, berkata : “ Untuk mencapai hidup bahagia hendaklah menerusi 10 formula :
1. Mengerjakan sesuatu yang disenangi. Jika dalam pelaksanaannya terdapat halangan, maka cubalah melakukan apa yang menjadi kesenangan anda pada waktu lapang atau ketika anda sibuk.
2. Mengambil berat dengan kesihatan sangat penting, kerana kesihatan adalah kunci kebahagiaan itu sendiri. Caranya banyak, antara lain menjaga keseimbangan , pemakanan, bersukan dan menjauhi kebiasaan yang tidak sihat.
3. Mempunyai matlamat yang jelas, kerana ia yang akan membuatkan seseorang bersemangat.
4. Rela dan redha menerima kehidupan apa adanya -termasuk pahit maungnya hidup itu.
5. Menumpukan perhatian pada hidup yang ada hari ini, tidak menyesali yang telah lalu, dan tidak bersikap gelisah menghadapi hari esok yang belum tentu sampai.
6. Mampu berfikir dalam kerja dan berani mengambil keputusan. Tidak menyalahkan orang lain jika keputusan yang diambil salah.
7. Selalu memerhatikan orang yang lebih rendah ditinjau dari status ekonomi dan sebagainya.
8. Tidak janggal memberi senyuman dengan wajah berseri dan sentiasa berkawan dengan mereka yang optimis.
9. Bersedia membantu orang lain supaya mereka bahagia, kerana dengan demikian ia juga akan mendapat tempias kebahagiaan itu.
10. Mampu berebut peluang dan kesempatan berharga dan menjadikannya sebagai pusat kebahagiaan.
SIAPAKAH WANITA YANG PALING MAHAL MAS KAHWINNYA?
Abu Talhah yang belum memeluk Islam dating ke rumah Ummu Sulaim binti Mulhan untuk meminangnya sambil menawarkan mahar yang mahal. Ummu Sulaim berkata : “ Sesungguhnya tidak patut bagiku menikah dengan seorang yang musyrik. Apakah anda tahu wahai Abu Talhah, sesungguhnya tuhan-tuhanmu dibuat oleh hamba keluarga si polan. Jika anda nyalakan api pada tubuh tuhan-tuhanmu itu, akan terbakar.”
Mendengar jawapan ummu Sulaim itu, Abu Talhah tersentak dan terdiam seketika. Bagai disambar petir, amarah di dada Abu Talhah seakan hendak meledak. Dia pergi begitu sahaja dan hampir tidak percaya apa yang baru dilihat dan didengarnya. Bagaimanapun, kerana cintanya yang kuat terhadap Ummu Sulaim, Abu Talhah datang semula, dan kali ini ia membawa mahar yang lebih besar dan janji yang lebih menyenangkan, dengan harapan hati Ummu Sulaim berubah dan sedia menerimanya.
Ummu Sulaim berkata : “Sebenarnya orang sepertimu tidak patut ditolak, wahai Abu Talhah. Bagaimanapun, anda adalah lelaki kafir dan aku adalah wanita muslimah. Tidak layak bagiku menikah dengan anda.” Abu Talhah berkata : “Apakah keinginanmu? Yang kuning atau yang putih ( emas atau perak ) ?”
Ummu Sulaim berkata : “Aku tidak menginginkan yang kuning atau yang putih. Yang aku inginkan engkau masuk Islam.” Abu Talhah bertanya : “Dari siapa aku mendapat itu ?” Ummu Sulaim menjawab : “Anda mendapatnya daripada Rasulullah S.A.W “
Abu Talhah serta merta pergi menemui Rasulullah yang ketika itu sedang duduk bersama sahabat-sahabatnya. Ketika Rasulullah melihat Abu Talhah datang, baginda berkata. “Datang kepada kamu Abu Talhah dengan cahaya Islam di matanya.”
Ummu Sulaim benar-benar merupakan contoh dan ikutan bagi wanita yang ingin mendapat kemuliaan dan keutamaan. Perhatikanlah bagaimana dia mengucapkan kata yang indah dan luar biasa itu. Perhatikanlah betapa teguhnya iman di dadanya dan betapa lurusnya perjalanan hidupnya.
Alangkah besarnya pahala wanita ini di sisi Allah kerana dia rela meninggalkan pujian yang indah lalu memilih pahala yang besar dari Allah. Hal itu sudah tentu kerana dia jujur kepada Allah, jujur kepada dirinya sendiri, dan jujur kepada umat. Ketahuilah bahawa setiap orang yang jujur akan beroleh kebaikan dari kejujurannya.
Ummu Sulaim kelak akan hidup bahagia di syurga yang dijanjikan Allah. Dan mendapat kedamaian dan ketenangan hidup di dunia.
FORMULA-FORMULA KEJAYAAN
ü Formula untuk mendapat kemuliaan adalah taat kepada Allah dan Rasul-Nya
ü Formula untuk mendapat rezeki adalah berusaha disertai istighfar dan ketaqwaan
ü Formula untuk mendapat syurga adalah tauhid
ü Formula untuk mendapat iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan makhluk-makhluk-Nya
ü Formula untuk mendapat kebaikan adalah kejujuran
ü Formula untuk mendapat hati yang hidup adalah dengan merenungkan Al-Quran, berdoa pada waktu malam, dan meninggalkan perbuatan dosa
ü Formula untuk mendapat ilmu pengetahuan adalah bertanya dan menyemak dengan baik
ü Formula untuk mendapat pertolongan dan keberhasilan adalah sabar
ü Formula untuk mendapat kebahagiaan adalah taqwa
ü Formula untuk mendapat bertambahnya ( nikmat ) adalah bersyukur
ü Formula untuk mendapat perasaan rindu kepada akhirat adalah menjaga jarak ( zuhud ) dengan dunia
ü Formula untuk mendapat kemakbulan harapan dan permintaan adalah berdoa